Monday 8 August 2011

Pengenalan kepada kaedah Perubatan Jawi

Ingin berkongsi pendekatan Perubatan Jawi yang di asaskan oleh Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad yang juga Pengasas kepada HPA Group Of Companies. Tips kesihatan amat mudah sama ada dengan kaedah perlahan (perlu kesabaran) atau segera (ketahanan).



Kaedah perlahan iaitu dengan mengamalkan pengambilan herba (organik) yang bebas kimia sentatik, menterapi diri iaitu  kaedah perubatan jawi (Hijamah/Bekam, kiropraktik, reflelksiologi, akupuntur dan lain-lain). Kaedah ini memakan masa yang lama. Perkara pertama kaedah ini ialah proses detoxifikasi atau menyah toksid.



Penyingkiran toksid di lakukan dengan menggunakan kaedah terapi herba yang bertindak mencuci usus dan mencuci saluran darah dari mendapan kotoran. Setelah proses mencuci dilakukan proses perkumuhan atau pembuangan/ penyingkiran kotoran harus dilakukan melalui kaedah semula jadi iaitu melalui perpeluhan, pembuangan air kecil dan pembungan najis.



Selain itu, kaedah semula jadi adalah kaedah separa segera boleh di lakukan dengan kaedah terapi bekam atau hijamah. Hijamah merupakah antara amalan sunnah yang disarankan oleh nabi. Dimana kebanyakan penyakit boleh hijab melalui kaedah ini insya Allah. Ini kerana darah yang mengandungi kandugan toksid akan berkumpul di celah-celah lapisan kulit. Dengan melakukan bekam, darah yang tidak bermanfaat tadi di sedut keluar.



Bayangkan sistem badan manusia ini umpama sebuah kereta. Kami pasti tuan/puan pasti sayang akan kereta masing-masing. Setiap bulan tuan/puan pasti tukar minyak pelincir kenderan masing mengikut jadual secara konsisten. Sekiranya kenderaan kita jaga sedemikian bagaimana pula dengan kesihatan tubuh badan tuan/puan.



Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan mengutamakan kesihatan diri sendiri lebih penting dari perkara yang lain. Sekiranya kesihatan menjadi perkara kedua bila di timpa musibah dan kesakitan. Tuan/puan pasti tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerja sudah pasti tidak produktif.



Kami amat menyarankan agar setiap dari kita berubah menjadi manusia yang proaktif dan produktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Mudah-mudahan kehidupan kita seharian lebih sihat dan ceria.



Untuk temujanji pemeriksaan kesihatan dan rawatan boleh hubugi team Cemerlang Terapi.



Puan Saraiah (013-8224473) Herbalis

Encik Bojeng (016-8942149) Perunding Perawatan

Encik Sallemi (014-6828329) Perunding Perawatan

No comments:

Post a Comment